Thursday, January 16, 2014

BRIDE TO BE PART 1

Sekali lagi;


Aku ingin berkongsi perasaan terima kasih ini melalui tulisan aku di sini.
Semoga aku sentiasa dapat kerahmatan dan keberkatanNYA dalam segala urusan aku walaupun dugaan dan ujian akan sentiasa ada untuk menguji keimanan aku dalam menempuhi kehidupan aku di dunia ini bagi mendapatkan sesuatu yang baik di akhirat kelak.
Jika dalam post terbaru sebelum ini, aku berkongsi tentang kerjaya aku selama 16 bulan selepas aku graduate pada bulan Oktober 2012. Kali ini, aku ingin berkongsi tentang perubahan status aku dari seorang bujang kepada tunangan orang dan tak lama lagi ia akan bertukar menjadi kepada seorang isteri. In shaa Allah jika ada jodoh dan rezeki serta tiada aral melintang yang akan menjadi penghalang tujuan baik ini. Jika dia sememangnya pemilik tulang rusuk kiri aku yang mana jasad aku telah meminjamnya di dunia ini, kami akan disatukan jua. Walaupun sudah bertunang, sebenarnya dugaan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga akan bertambah besar kerana mereka dikatakan darah manis. Maka, aku pun tawakal dan tidak mahu excited sangat kerana ia belum terjadi lagi. Mak kata aku kena selalu berdoa istikharah agar hubungan kami diberkati dan dirahmatiNYA;


Entri aku kali ini bukan untuk bersedih tetapi untuk saling mengingati dan berkongsi dengan semua tentang pertemuan kami dan perancangan ringkas kami untuk majlis yang baik ini :)

Sebenarnya kami bukan pasangan yang hangat bercinta sebelum ini, kami cuma kawan biasa yang berkenalan pada bulan Julai 2010 apabila aku berkenalan dengan seorang junior kadet yang rapat dengan dia sewaktu aku jadi seorang fasilitator orientasi pelajar ijazah tahun pertama 2010/2011. Kami sekadar berkawan dan mungkin mengharapkan suatu hari nanti kami disatukan dengan pernikahan jika kami sememangnya pasangan yang ditentukan oleh Allah setelah dia mengaku secara berani di page facebook dia pada bulan Jun 2011 seperti;
"pengakuan yang ikhlas; saya sukakan Nur Hidayah binti Abu"
Hati siapa tak berbunga kan jika ada lelaki buat macam ini? Aku memang rasa bahagia kerana masih ada lelaki yang sanggup mengakui suka aku walaupun kami baru kawan dan dia tahu pengalaman aku ketika itu. Aku sentiasa tersenyum sendiri bila fikir tentang dia dan pengakuan dia. Hati siapa tidak bergetar jika terjumpa lelaki yang jujur dan berani dalam perasaannya. Mungkin ada yang kata poyo atau over post macam itu dalam facebook, laman sosial umum. Aku pun ragu-ragu tapi suka sebenarnya. Apa orang kata, malu tapi mahu. Mungkin itu kadang-kadang orang yang tak kenal aku akan kata aku seorang hipokrit.



Tapi sebenarnya pengalaman aku membataskan perasaan aku kerana aku sendiri telah berjanji pada diri aku untuk berubah ke arah muslimah yang baik dan berjaya serta akan menjauhi diri aku dari perkara-perkara lalai seumpamaan itu lagi demi kepentingan makabah, adik-adik, diri aku sendiri dan juga Pencipta aku yang Maha Besar lagi Maha Kuasa. Namun dia bersikap terbuka dan memahami situasi aku kerana dia pun tidak mahu aku mengharap apa-apa darinya, cukuplah kami berkawan dan saling mengenali dalam tempoh tertentu sehingga satu masa dia akan datang merisik aku. Maka aku hanya bertawakal untuk jodoh pertemuan kami pada masa akan datang. Dalam pada yang sama, kami masih lagi berkawan dan kenal hati sesiapa sahaja yang ingin berkawan. Erti kata lain; masih memilih. Hahaha.. Mungkin bagi dia, sempatlah kot sebab dia graduate tahun 2011 dan terus berkhidmat dalam TLDM manakala aku masih struggle ketika itu untuk jadi yang terbaik dan graduate tahun 2012 serta kena mencari peluang kerja yang baik. Apa-apa pun kami masih rapat dan hadir dalam apa-apa event penting masing-masing walaupun katanya kami masih berhak memilih. Kawan baik tetapi mesra katanya. Atau "In a relationship" orang putih kata. MasyaAllah pelbagai istilah digunakan untuk membenarkan apa yang tidak halal padahal hakikatnya still haram. Elakkan ea kawan-kawan. Jangan jadi nakal macam aku :)


Teddy bear ini sebenarnya hadiah hari konvokesyen aku dari dia <3



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda. Smile!