Thursday, January 16, 2014

BRIDE TO BE PART 1

Sekali lagi;


Aku ingin berkongsi perasaan terima kasih ini melalui tulisan aku di sini.
Semoga aku sentiasa dapat kerahmatan dan keberkatanNYA dalam segala urusan aku walaupun dugaan dan ujian akan sentiasa ada untuk menguji keimanan aku dalam menempuhi kehidupan aku di dunia ini bagi mendapatkan sesuatu yang baik di akhirat kelak.
Jika dalam post terbaru sebelum ini, aku berkongsi tentang kerjaya aku selama 16 bulan selepas aku graduate pada bulan Oktober 2012. Kali ini, aku ingin berkongsi tentang perubahan status aku dari seorang bujang kepada tunangan orang dan tak lama lagi ia akan bertukar menjadi kepada seorang isteri. In shaa Allah jika ada jodoh dan rezeki serta tiada aral melintang yang akan menjadi penghalang tujuan baik ini. Jika dia sememangnya pemilik tulang rusuk kiri aku yang mana jasad aku telah meminjamnya di dunia ini, kami akan disatukan jua. Walaupun sudah bertunang, sebenarnya dugaan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga akan bertambah besar kerana mereka dikatakan darah manis. Maka, aku pun tawakal dan tidak mahu excited sangat kerana ia belum terjadi lagi. Mak kata aku kena selalu berdoa istikharah agar hubungan kami diberkati dan dirahmatiNYA;


Entri aku kali ini bukan untuk bersedih tetapi untuk saling mengingati dan berkongsi dengan semua tentang pertemuan kami dan perancangan ringkas kami untuk majlis yang baik ini :)

Sebenarnya kami bukan pasangan yang hangat bercinta sebelum ini, kami cuma kawan biasa yang berkenalan pada bulan Julai 2010 apabila aku berkenalan dengan seorang junior kadet yang rapat dengan dia sewaktu aku jadi seorang fasilitator orientasi pelajar ijazah tahun pertama 2010/2011. Kami sekadar berkawan dan mungkin mengharapkan suatu hari nanti kami disatukan dengan pernikahan jika kami sememangnya pasangan yang ditentukan oleh Allah setelah dia mengaku secara berani di page facebook dia pada bulan Jun 2011 seperti;
"pengakuan yang ikhlas; saya sukakan Nur Hidayah binti Abu"
Hati siapa tak berbunga kan jika ada lelaki buat macam ini? Aku memang rasa bahagia kerana masih ada lelaki yang sanggup mengakui suka aku walaupun kami baru kawan dan dia tahu pengalaman aku ketika itu. Aku sentiasa tersenyum sendiri bila fikir tentang dia dan pengakuan dia. Hati siapa tidak bergetar jika terjumpa lelaki yang jujur dan berani dalam perasaannya. Mungkin ada yang kata poyo atau over post macam itu dalam facebook, laman sosial umum. Aku pun ragu-ragu tapi suka sebenarnya. Apa orang kata, malu tapi mahu. Mungkin itu kadang-kadang orang yang tak kenal aku akan kata aku seorang hipokrit.



Tapi sebenarnya pengalaman aku membataskan perasaan aku kerana aku sendiri telah berjanji pada diri aku untuk berubah ke arah muslimah yang baik dan berjaya serta akan menjauhi diri aku dari perkara-perkara lalai seumpamaan itu lagi demi kepentingan makabah, adik-adik, diri aku sendiri dan juga Pencipta aku yang Maha Besar lagi Maha Kuasa. Namun dia bersikap terbuka dan memahami situasi aku kerana dia pun tidak mahu aku mengharap apa-apa darinya, cukuplah kami berkawan dan saling mengenali dalam tempoh tertentu sehingga satu masa dia akan datang merisik aku. Maka aku hanya bertawakal untuk jodoh pertemuan kami pada masa akan datang. Dalam pada yang sama, kami masih lagi berkawan dan kenal hati sesiapa sahaja yang ingin berkawan. Erti kata lain; masih memilih. Hahaha.. Mungkin bagi dia, sempatlah kot sebab dia graduate tahun 2011 dan terus berkhidmat dalam TLDM manakala aku masih struggle ketika itu untuk jadi yang terbaik dan graduate tahun 2012 serta kena mencari peluang kerja yang baik. Apa-apa pun kami masih rapat dan hadir dalam apa-apa event penting masing-masing walaupun katanya kami masih berhak memilih. Kawan baik tetapi mesra katanya. Atau "In a relationship" orang putih kata. MasyaAllah pelbagai istilah digunakan untuk membenarkan apa yang tidak halal padahal hakikatnya still haram. Elakkan ea kawan-kawan. Jangan jadi nakal macam aku :)


Teddy bear ini sebenarnya hadiah hari konvokesyen aku dari dia <3



Wednesday, January 15, 2014

KERJAYA

Alhamdulillah..
03/09/2012-sekarang; 
hampir 16 bulan aku bekerja di syarikat testing dan construction Johor Bahru.. 
bermula dengan gaji probation fresh graduate hingga gaji basic+elaun sekarang..
fresh graduate yang tiada harta sehingga sekarang ada kerete sendiri, simpanan, dan rumah.. 
walaupun ada hutang pinjaman peribadi, ptptn, dan sewa rumah yang melibatkan bil utiliti bulanan.. 
aku bersyukur dengan lebihan gaji yang aku ada sekarang.. 
MasyaALLAH.. 

pelbagai dugaan dan pengalaman; 
hidup berdikari mencari bilik sewa yang selesa dan dekat dengan pejabat kerana berjalan kaki. Atas sebab tertentu aku terpaksa berdikari sekali lagi untuk mencari tempat lain yang berdekatan dengan pejabat. Alhamdulillah aku jumpa juga walaupun rumah sewa yang mana depositnya 2kali sewa plus RM200 dan satu kali bulan sewa. Hidup merantau maka hendak tak nak, aku terpaksa guna duit simpanan 4bulan gaji pertama aku juga untuk kediaman aku di JB. Aku juga terpaksa menempuhi sekali lagi cabaran fresh graduate dalam masalah komunikasi dan sekeliling di tempat kerja pertama. Namun dapat diselesaikan juga dengan kesabaran dan sikap terbuka untuk saling hormat-menghormati dan bekerjasama serta cuba ikut rentak suasana sekeliling dalam tempat kerja as long as it is good for you to gain more experience and new knowledge, is it right? Setelah 4-5bulan bekerja, aku berjaya mendapatkan lesen memandu dan buat keputusan untuk membeli kereta dengan deposit RM1000 sahaja setelah diambilkira pelbagai faktor sebelum aku membelinya walaupun aku pernah membaca bahawa harta pertama yang kita harus beli adalah rumah kerana ia adalah harta tidak alih so kita tidak akan rugi jika mengambil hutang pinjaman peribadi dengan bank, tetapi nak buat macam mana belum ada rezeki pada waktu itu? Deposit RM1000 pun sebab itu je yang mampu simpan setelah settle masalah deposit tempat kediaman baru di JB. Aku juga menyimpan sedikit demi sedikit untuk kegunaan emergency dan masa depan orang kata. Salah satu cara adalah asb dan ssp. Dan sebagai orang bekerjaya dalam bidang construction yang penuh dengan bahaya, aku juga telah mengambil satu insurans kesihatan. Maka, jika diringkaskan aku telah ada enam tanggungjawab baru untuk diri sendiri iaitu kereta, simpanan, rumah, bil utiliti(elektrik+air+broadband), insurans dan ptptn setelah aku ketepikan sedikit percentage gaji aku untuk tanggungjawab aku sebagai anak sulung dan kakak. Ia sejajar dengan pendapat aku tentang Tanggungjawab dan Pengurusan Kewangan aku dalam post blog aku sebelum ini. Semoga usaha aku dirahmati dan diberkati oleh Allah hendaknya kerana manusia mampu merancang tetapi Allah yang menentukannya.. MasyaALLAH.. 

Setelah 9 bulan kerja di pejabat dan kadangkala keluar site untuk briefing testing pada client and students, alhamdulillah bulan Julai 2012 aku diberi peluang untuk menjaga tapak construction sehingga sekarang. Maka adalah tambahan elaun untuk basic gaji aku. Aku juga mampu menimba ilmu dan pengalaman manage my own progress to handle works through manpower, materials and time at the site with consultant, main con and sub con. Syukur :) 

Ini adalah projek yang aku terlibat sepanjang bulan Julai 2012-sekarang;
  1. The Suasana Iskandar, Johor Bahru - micropiling works, borepiling works, pilecap and column enlargement
  2. The A3 Mixed Development Apartment, Puteri Harbour Kota Iskandar - structural repairing works
  3. The Seed, Sutera Utama - structural repairing works
  4. Malaysia Marine & Heavy Engineering (MMHE) - micropiling works
  5. Johor Port Berhad - construction and rehabilition work
micropiling works

material for micropiling  works

pile load test

material for borepiling works

rehabilition works at Johor Port Berhad
Sesungguhnya aku sudi berkongsi cerita aku dalam menempuhi step dan dugaan yang datang dalam mencari kerjaya aku dan mengisi sebahagian tanggungjawab aku kerana aku tahu ada sesetengah orang diluar sana masih mencari-cari peluang yang besar dan selesa serta menepati citarasa mereka berdasarkan persepsi masing-masing tetapi mereka belum jumpa lagi. Ingatlah agar jangan memilih dan mudah putus asa dalam usaha anda! Malah anda kena berkorban dan bersedia dalam menempuhi cabaran dalam kehidupan yang serba moden ini. Moga coretan aku ini juga sentiasa mengingatkan aku dan memberi aku semangat untuk menjadi yang terbaik serta mencari peluang yang besar. Sentiasa berdoa dan tawakal. Mari kita amalkan doa yang baik ini samada selepas solat 5 waktu dan solat dhuha;

Ya Allah, jika rezekiku berada di atas langit turunkanlah ia, jika rezekiku berada di dalam bumi keluarkanlah ia, jika rezekiku jauh dekatkanlah ia, jika rezekiku sukar permudahkanlah ia dan jika rezekiku haram sucikanlah ia. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aamiin.