Tuesday, July 9, 2013

AWAL RAMADHAN: SOLAT TARAWIH

Mulai maghrib ini 1 Ramadhan 1434h, amalan solat tarawih boleh dilakukan oleh setiap umat Islam. Mari kita kuatkan pemahaman kita dalam panduan solat tarawih ini agar amalan kita diterima oleh ALLAH sepanjang bulan yang mulia ini.

“Dari Abu Hurairah r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan 
Ramadan dengan penuh keimanan dan
keikhlasan maka Allah ampunkan segala
dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Muslim)

“Barangsiapa yang mendirikan
sembahyang (Tarawih) pada malam bulan
Ramadan dengan penuh keimanan dan
keikhlasan maka Allah ampunkan segala
dosanya yang telah lalu”
(Riwayat Muslim)

Hukum Solat Sunat Tarawih
  • Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
  • Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

Waktu Solat Sunat Tarawih
  • selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
Rakaat Solat Sunat Tarawih
  1. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
  2. Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
  3. Pada zaman Khalifah Omar bin al Khattab r.a. pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
  4. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
  5. Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih:
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.)
Rukun Solat Sunat Tarawih
  • samalah dengan rukun solat yang lain juga.

Kaifat Solat Sunat Tarawih 20 Rakaat
  • Dari malam 1 hingga 15 Ramadan;
Susunan surah-surah pada rakaat yang pertama selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih adalah seperti berikut:
  1. Al-Takatsur
  2. Al-Asr
  3. Al-Humazah
  4. Al-Fil
  5. Al-Quraisy
  6. Al-Ma’un
  7. Al-Kautsar
  8. Al-Kafirun
  9. An-Nasr. 
  10. Al-Lahab
Manakala pada tiap-tiap rakaat yang kedua selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih adalah surah al-Ikhlas.
  • Dari malam 16 hingga akhir Ramadan;
Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Manakala, pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.

Itulah sahaja yang mampu saya kongsi dalam persiapan dari segi hukum, waktu, rakaat, rukun dan kaifatnya selepas saya juga ulangkaji daripada "Panduan Sembahyang Sunat Tarawih" oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah (Jabatan Kemajuan Agama Islam) agar kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara solat sunat tarawih supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita. Semoga kita dapat peluang untuk menjadi hambaNYA yang baik dan beriman. :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda. Smile!