Wednesday, April 17, 2013

PENGURUSAN KEWANGAN

Sambung bab tanggungjawab dalam post baru-baru ini..
Pengurusan kewangan adalah salah satu sub tanggungjawab diri..
Tanggungjawab diri untuk memenuhi perkembangan semasa dalam kehidupan..

Tips yang saya kena ikuti dalam masa berdikari dan akan datang:
  1. Cadangan untuk simpanan yang ideal ialah 10% - 30% daripada pendapatan bulanan anda.
  2. Secara umum, jumlah bayaran bulanan untuk kesemua pinjaman dan kad kredit tidak patut melebihi 40% daripada jumlah pendapatan kasar bulanan anda.
  3. Setiap perbelanjaan menggunakan kad debit akan ditolak serta merta dari akaun simpanan anda. Dengan kad debit, anda hanya boleh berbelanja berdasarkan jumlah wang simpanan yang ada dan ia boleh dijadikan sebagai satu instrumen pembayaran bagi mendisiplinkan Pengurusan kewangan anda.
Tiga tips di atas da buat saya cukup sedar kedudukan kewangan saya sekarang.
Maka, saya harus berhati-hati dan perlu lakukan sesuatu.

Pertama- Tetapkan Matlamat Kewangan Saya

Matlamat Jangka Masa Pendek (kurang daripada 1 tahun)
• Untuk mengumpul RM5,000 dalam tempoh enam bulan.
• Untuk membayar yuran pendidikan sarjana jika berkesempatan.

Matlamat Jangka Masa Sederhana (1-5 tahun)
• Untuk membayar deposit RM20,000 bagi belian rumah pertama.

Matlamat Jangka Masa Panjang (lebih daripada 5 tahun)
• Untuk mengumpul RM100,000 dalam tempoh lima tahun bagi dana persaraan.

Kedua- Pengiraan Bulanan Saya
Pendapatan Kasar Saya - Perbelanjaan Tetap Bulanan Saya = Simpanan Saya
Perbelanjaan Tetap Bulanan adalah Kos Sewa Rumah, Pinjaman Sewa Beli Kereta Bulanan, Simpanan Tetap Bulanan, PTPTN Bulanan, Bil Utiliti Bulanan, Makanan dan Isi Rumah, dan Kos Pengangkutan.

# Banyak gak saya kena tolak.. Berapalah simpanan saya untuk sebulan ea? Ada ke tidak simpanannya? Huhuhu.. Ok r, nak kira bajet bulanan dulu.. Ikuti post saya yang akan datang dalam jejak jejak menjadi seorang dewasa yang muda.. :)




 

TANGGUNGJAWAB

Da lama xupdate blog,
tetiba terasa nak menulis masa termenung ketika lunch hour,
ada beberapa minit lagi nak pukul 2.30petang masa untuk bekerja semula.
:)

Nape saya termenung?
saya termenung sebab fikirkan tanggungjawab yang ada sekarang,
ye lah.. dulu belajar.. sekarang da bekerjaya.. maka masa untuk matang.

Tanggungjawab yang ada:
1. Diri sendiri
2. Ibubapa
3. Kerjaya
4. Masa hadapan

Semua tanggungjawab ini sejajar dengan keperluan sebagai mukminin yang berusaha untuk menjadi hamba ALLAH yang baik dan berjaya ketika meminjam nikmatNYA di muka bumi yang luas terbentang ini. Tanggungjawab ini juga sejajar dengan matlamat saya setelah habis belajar dan graduate pada bulan oktober yang lepas. Saya kena pastikan matlamat saya dapat disempurnakan meskipun dugaan kecil dan besar menjenguk sebentar dalam kehidupan saya. Itu tandanya ALLAH sentiasa menyayangi kita dengan memberi peringatan kepada kita :)