Tuesday, July 9, 2013

AWAL RAMADHAN: SOLAT TARAWIH

Mulai maghrib ini 1 Ramadhan 1434h, amalan solat tarawih boleh dilakukan oleh setiap umat Islam. Mari kita kuatkan pemahaman kita dalam panduan solat tarawih ini agar amalan kita diterima oleh ALLAH sepanjang bulan yang mulia ini.

“Dari Abu Hurairah r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan 
Ramadan dengan penuh keimanan dan
keikhlasan maka Allah ampunkan segala
dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Muslim)

“Barangsiapa yang mendirikan
sembahyang (Tarawih) pada malam bulan
Ramadan dengan penuh keimanan dan
keikhlasan maka Allah ampunkan segala
dosanya yang telah lalu”
(Riwayat Muslim)

Hukum Solat Sunat Tarawih
  • Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
  • Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

Waktu Solat Sunat Tarawih
  • selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
Rakaat Solat Sunat Tarawih
  1. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
  2. Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
  3. Pada zaman Khalifah Omar bin al Khattab r.a. pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
  4. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
  5. Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih:
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.)
Rukun Solat Sunat Tarawih
  • samalah dengan rukun solat yang lain juga.

Kaifat Solat Sunat Tarawih 20 Rakaat
  • Dari malam 1 hingga 15 Ramadan;
Susunan surah-surah pada rakaat yang pertama selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih adalah seperti berikut:
  1. Al-Takatsur
  2. Al-Asr
  3. Al-Humazah
  4. Al-Fil
  5. Al-Quraisy
  6. Al-Ma’un
  7. Al-Kautsar
  8. Al-Kafirun
  9. An-Nasr. 
  10. Al-Lahab
Manakala pada tiap-tiap rakaat yang kedua selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih adalah surah al-Ikhlas.
  • Dari malam 16 hingga akhir Ramadan;
Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Manakala, pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.

Itulah sahaja yang mampu saya kongsi dalam persiapan dari segi hukum, waktu, rakaat, rukun dan kaifatnya selepas saya juga ulangkaji daripada "Panduan Sembahyang Sunat Tarawih" oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah (Jabatan Kemajuan Agama Islam) agar kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara solat sunat tarawih supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita. Semoga kita dapat peluang untuk menjadi hambaNYA yang baik dan beriman. :)

Thursday, June 27, 2013

CELOTEH RAMADHAN


Tinggal lebih kurang 11hari lagi jika 10hb Julai 2013 adalah 1 Ramadhan 1434H. So, da ganti puasa ke tidak bagi kaum hawa yang mungkin "bercuti" semasa ramadhan lepas? Hehe.. Mari dayah ingatkan semula jenis-jenis puasa yang ada bagi ummah Islam.


Maka, ramadhan akan tiba bagi ummah Islam mencari sebanyak mungkin kebaikan dan keistimewaan yang ada dalam bulan ummah Islam ini. Usahalah kita bersama-sama untuk mendapatkan yang terbaik ea! :)




Bila kita da tahu akan kedatangan bulan yang barakah ini, maka maknanya kita kenalah prepare semua untuk menyambutnya sebab apa yang berlaku selama sebulan ini berdasarkan iman dan nafsu kita semata-mata tau. Yelah, macam kita da sedia maklum syaitan akan diikat bila ramadhan muncul. Maka kita lakukan apa yang kita rasa betul tanpa bisikan syaitan pada bulan ramadhan ini. That's why amalan kita boleh dikatakan ikhlas sebab itulah diri kita sebenar tanpa orang "ketiga". Hehehe..





Apa-apa pun, sabar dan kuat dalam mengharungi semua dugaan yang akan datang sepanjang bulan Ramadhan ini. Ingat, ALLAH berikan dugaan kerana ALLAH sayang kepada kita. ALLAH mahu kita sentiasa mengingatiNYA selalu. Lagipun, dugaan yang datang kepada kita adalah sejajar dengan kekuatan yang kita ada. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui akan sesuatu perkara yang berlaku kepada hambaNYA. MasyaALLAH :)



Untuk reminder diri sendiri juga,  kata motivasi dan muhasabah diri adalah jalan terbaik untuk melenyapkan segala perasaan negatif yang ada dan meningkatkan rasa positif diri :)


Terima kasih luangkan masa untuk membaca celoteh yang saya tulis masa lunch hour saya ini. Macam manalah perasaan menyambut bulan Ramadhan pertama kali bila da berkerjaya dalam bidang construction ini? Moga Hidayah jadi kuat ea! Jangan negatif :)

Wednesday, April 17, 2013

PENGURUSAN KEWANGAN

Sambung bab tanggungjawab dalam post baru-baru ini..
Pengurusan kewangan adalah salah satu sub tanggungjawab diri..
Tanggungjawab diri untuk memenuhi perkembangan semasa dalam kehidupan..

Tips yang saya kena ikuti dalam masa berdikari dan akan datang:
  1. Cadangan untuk simpanan yang ideal ialah 10% - 30% daripada pendapatan bulanan anda.
  2. Secara umum, jumlah bayaran bulanan untuk kesemua pinjaman dan kad kredit tidak patut melebihi 40% daripada jumlah pendapatan kasar bulanan anda.
  3. Setiap perbelanjaan menggunakan kad debit akan ditolak serta merta dari akaun simpanan anda. Dengan kad debit, anda hanya boleh berbelanja berdasarkan jumlah wang simpanan yang ada dan ia boleh dijadikan sebagai satu instrumen pembayaran bagi mendisiplinkan Pengurusan kewangan anda.
Tiga tips di atas da buat saya cukup sedar kedudukan kewangan saya sekarang.
Maka, saya harus berhati-hati dan perlu lakukan sesuatu.

Pertama- Tetapkan Matlamat Kewangan Saya

Matlamat Jangka Masa Pendek (kurang daripada 1 tahun)
• Untuk mengumpul RM5,000 dalam tempoh enam bulan.
• Untuk membayar yuran pendidikan sarjana jika berkesempatan.

Matlamat Jangka Masa Sederhana (1-5 tahun)
• Untuk membayar deposit RM20,000 bagi belian rumah pertama.

Matlamat Jangka Masa Panjang (lebih daripada 5 tahun)
• Untuk mengumpul RM100,000 dalam tempoh lima tahun bagi dana persaraan.

Kedua- Pengiraan Bulanan Saya
Pendapatan Kasar Saya - Perbelanjaan Tetap Bulanan Saya = Simpanan Saya
Perbelanjaan Tetap Bulanan adalah Kos Sewa Rumah, Pinjaman Sewa Beli Kereta Bulanan, Simpanan Tetap Bulanan, PTPTN Bulanan, Bil Utiliti Bulanan, Makanan dan Isi Rumah, dan Kos Pengangkutan.

# Banyak gak saya kena tolak.. Berapalah simpanan saya untuk sebulan ea? Ada ke tidak simpanannya? Huhuhu.. Ok r, nak kira bajet bulanan dulu.. Ikuti post saya yang akan datang dalam jejak jejak menjadi seorang dewasa yang muda.. :)