Wednesday, July 4, 2012

IMPIAN

Hari ni hari kedua, aku jadi penganggur, pas balik dari UPNM..
Bila tengok cerita "Dream High", teringat dan terpikir tentang plan aku,
Mampu ke aku mencapai segala rancanganku dalam masa dua tahun yang aku tetapkan sebelum ini..?

Pertama, Kerja yang sesuai dengan bidang yang diceburi, itu impian setiap anak muda yang bekerja keras, dalam mencapai segulung ijazah dalam kehidupannya, Begitu juga aku, bercita-cita menjadi seorang jurutera, dalam "maintenance, or construction, or civil engineering".

Kedua, sambung belajar ke peringkat seterusnya, dalam bidang kos yang sejajar dengan kerjaya, melangkah ke hadapan demi meningkatkan ekonomi, diriku, keluargaku, masyarakatku dan negaraku iaitu, Improve green environment technology in civil engineering.

Ketiga, anak muda yang mampu mengumpul aset harta sendiri, mampu membiayai pinjaman ptptn yang memberi peluang, untuk meningkatkan taraf pendidikanku selama empat tahun, Menyelam sambil minum air, tiada yang mustahil jika usaha, bekerja, belajar dan mengumpul aset sendiri itu impianku, begitu juga dengan kedua ibubapaku..

Yang paling penting, bagi diriku seorang muslimah, aku bercita-cita untuk fleksibel dalam mengejar impian, melaksanakan ajaran Islam sebaik mungkin selepas ini, zaman remajaku yang mungkin ada cacat celanya, perlu diperbaiki untuk kebaikan duniawi dan akhiriah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda. Smile!