Tuesday, October 16, 2012

KONVOKESYEN

UPNM

TAHNIAH!!
untuk semua kengkawan dan kenalan yang rasmi sebagai graduan universiti masing-masing..
moga kita semua dapat keberkatan dan kejayaan pada masa akan datang dalam meniti kehidupan.
kehidupan yang mungkin lebih mencabar selepas ini selepas proses pembelajaran sehingga peringkat ijazah.
moga ilmu dan pengalaman yang menjadi bekalan sentiasa berguna.
Aamiin

\(^___________________^)/


logo UPNM mortar board yang dipakai oleh setiap graduan dalam pemakaian akademik semasa majlis konvokesyen. Hargai semangat universiti di dalam jiwa! 


antara jemputan yang hadir :)



majlis konvokesyen UPNM kali ke 3 dimasyhurkan oleh YDP
Alhamdulillah

\(^_____________________________^)/

thank you, ALLAH!






Thursday, September 20, 2012

BLOG BARU

Graduate Engineer

ni blog saya yang baru...
jomlah follow.. kongsi ilmu2 baru..
insyaALLAH semua dapat keberkatan ilmu yang sedia ada nanti..

\(^____________^)/

Tuesday, September 18, 2012

PESANAN


TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD SAW ADALAH PESURUHNYA


Kita merancang..
Allah juga merancang..
Tetapi PERANCANGAN ALLAH adalah YANG TERBAIK buat kita..
Seperti PELANGI INDAH yang muncul selepas gerimis hujan..

Nasihat untuk diriku yang mungkin akan terleka dalam kehidupan seharianku:

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Allah s.w.t telah berfirman :
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
(Surah An-Nahl ayat 97)

“Sesungguhnya perkara seorang mu’min itu menakjubkan, karena semua perkara yang dialaminya adalah baik; jika mendapatkan kesenangan dia bersyukur, maka hal itu menjadi baik baginya, jika mengalami kesulitan dia bersabar, maka hal itu menjadi baik baginya, dan hal seperti itu tidak terdapat kecuali pada diri seorang mu’min”
(Riwayat Muslim)

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Surah Luqman ayat 17)

ALHAMDULILLAH..(",)


Wednesday, July 4, 2012

IMPIAN

Hari ni hari kedua, aku jadi penganggur, pas balik dari UPNM..
Bila tengok cerita "Dream High", teringat dan terpikir tentang plan aku,
Mampu ke aku mencapai segala rancanganku dalam masa dua tahun yang aku tetapkan sebelum ini..?

Pertama, Kerja yang sesuai dengan bidang yang diceburi, itu impian setiap anak muda yang bekerja keras, dalam mencapai segulung ijazah dalam kehidupannya, Begitu juga aku, bercita-cita menjadi seorang jurutera, dalam "maintenance, or construction, or civil engineering".

Kedua, sambung belajar ke peringkat seterusnya, dalam bidang kos yang sejajar dengan kerjaya, melangkah ke hadapan demi meningkatkan ekonomi, diriku, keluargaku, masyarakatku dan negaraku iaitu, Improve green environment technology in civil engineering.

Ketiga, anak muda yang mampu mengumpul aset harta sendiri, mampu membiayai pinjaman ptptn yang memberi peluang, untuk meningkatkan taraf pendidikanku selama empat tahun, Menyelam sambil minum air, tiada yang mustahil jika usaha, bekerja, belajar dan mengumpul aset sendiri itu impianku, begitu juga dengan kedua ibubapaku..

Yang paling penting, bagi diriku seorang muslimah, aku bercita-cita untuk fleksibel dalam mengejar impian, melaksanakan ajaran Islam sebaik mungkin selepas ini, zaman remajaku yang mungkin ada cacat celanya, perlu diperbaiki untuk kebaikan duniawi dan akhiriah.

Sunday, July 1, 2012

IJAZAH


hari ini aku masih di sini,
atas beberapa urusan yang berbaki,
esok hari aku akan melangkah pergi,
setelah pelbagai dugaan aku harungi,
sepanjang empat tahun dalam arus kehidupan,
seorang pelajar ijazah kejuruteraan awam..

banyak benda realiti kehidupan yang dipelajari,
ada yang memberi pengajaran di minda dan di hati,
semua itu akan kekal dalam kotak memori insan bernama,
NUR HIDAYAH BINTI ABU

terima kasih kepada semua pensyarah UPNM
serta staf makmal blok kejuruteraan awam UPNM
kawan kelas batch 2008 ZK01, senior2 dan junior2 ZK01
kawan bilik dan kediaman 2008-2012, senior2 dan junior2 ladies


Thursday, May 31, 2012

MY FINAL YEAR PROJECT

This is my first own montage
dedicated it for my classmate and lovely friends
I'm create it for my final presentation to panels
I got a good advice and suggestion from them:

 "tensile strength and expansion NEDA"
Improve more your language skill in English for future
You have skill and knowledge, so appreciate them
You can be a successful person in your future..

 Thanks to my external panel (IRvsCEO) and Dekan Siswazah UPNM <3

video