Monday, November 28, 2011

RENUNGAN

Renungkan berbagai kekurangan kita dalam beribadah kepada ALLAH,
Baik dalam muamalah kepada sesama ataupun berbagai aspek lain dalam hidup kita,
Jangan malu menuliskan kekurangan diri kita,
Azamkan dan teguhkan dalam diri kita bahawa kita akan menjalankan solusi untuk memperbaiki kekurangan itu,
Perbanyakkan ibadah dan ketaatan pada ALLAH SWT dengan terus berdoa agar memperbaiki diri kita dan menegakkan semua ikhtiar kita dalam menuju redhaNYA,
Jika kita gagal bangkit lagi,gagal bangkit lagi dan terus bangkit,
Jangan sampai kita menyerah kerana menyerah bererti lari dari rahmat ALLAH,
Semoga dengan muhasabah yang baik kita akan menjadi hambaNYA yang makin dekat dan rapat kepadaNYA,
Melekat pada syafaatNYA, Rasulullah dan pada akhirnya melekat pada SyurgaNYA baik di dunia mahupun akhirat.

CHAIYOK2 HIDAYAH! SEMANGAT MENGEJAR KEBAHAGIAAN DAN KEJAYAAN YANG DIIMPIKAN!
InsyaALLAH ameen!