Monday, November 28, 2011

RENUNGAN

Renungkan berbagai kekurangan kita dalam beribadah kepada ALLAH,
Baik dalam muamalah kepada sesama ataupun berbagai aspek lain dalam hidup kita,
Jangan malu menuliskan kekurangan diri kita,
Azamkan dan teguhkan dalam diri kita bahawa kita akan menjalankan solusi untuk memperbaiki kekurangan itu,
Perbanyakkan ibadah dan ketaatan pada ALLAH SWT dengan terus berdoa agar memperbaiki diri kita dan menegakkan semua ikhtiar kita dalam menuju redhaNYA,
Jika kita gagal bangkit lagi,gagal bangkit lagi dan terus bangkit,
Jangan sampai kita menyerah kerana menyerah bererti lari dari rahmat ALLAH,
Semoga dengan muhasabah yang baik kita akan menjadi hambaNYA yang makin dekat dan rapat kepadaNYA,
Melekat pada syafaatNYA, Rasulullah dan pada akhirnya melekat pada SyurgaNYA baik di dunia mahupun akhirat.

CHAIYOK2 HIDAYAH! SEMANGAT MENGEJAR KEBAHAGIAAN DAN KEJAYAAN YANG DIIMPIKAN!
InsyaALLAH ameen!

Saturday, August 13, 2011

HUKUM KARMA vs CIRCLE OF LIFE

╔═╦═╦═╦═╦╗╔═╦══╦╦╦═╦╗╔═╦╦╦╦╦╦═​═╗niat.....
║╬║═╣═╣╬║║║╬║║║║║║╬║║║╬║║═╣║║║​║║berdoa...
║║╠═╠═║║║╚╣║║║║║║║║║╚╣║║║║║║║║​║║berusaha...
╚╩╩═╩═╩╩╩═╩╩╩╩╩╩═╩╩╩═╩╩╩╩╩╩═╩╩​╩╝berjuang....


^_____________________________​__________^

..✿•*¨`*• ..✿•*. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•**•✿ .*¨`*•✿.•
. . ✿ •*¨`*•...✿•*¸(¯`v´¯)¸.•´*¨ `*•✿ . *¨`*•✿
. . ✿ •*¨`*• Subhanallah, سبحان الله. . ✿ •*¨`*•
... …….…………... •.¸.•´ ………….……… ..✿•*¨`*•✿
✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿
──────────────────█──█────────​─────
────────────████──█──█─█──────​─────
────────────█──█──█──█─█──────​─────
────────────████──█──█─█──────​─────
───────────────███████─█──────​─────
✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ .•*`*•✿✿
. . ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ *¨`*•✿ ¨`*•
…….…………... •.¸.•´ ………….……… .…………………
www.▀█▀░█░░.█▀█.█░█.█▀▀.░.█▀█░​█░█.█.www
www.░█░░█░░.█░█.█░█.█▀▀.░.█░█░​█░█.█.www
www.▀▀▀░▀▀▀.▀▀▀.░▀░.▀▀▀.░.▀▀██​███.█.www
…….…………... •.¸.•´ ………….……… .…………………
✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ .•*¨`*•✿✿
. . ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ . . .•*¨`*•✿✿
…….…………... •.¸.•´ ………….……… .…………………
.

.
========
─▀██▀
──██────(▒)(▒)
──██───(▒)( )(▒)
─▄██▄▄█─(▒)(▒)
─── ─── ▄███▄
─── ──███─███─(▒)(▒)
─── ──▀██▄██▀(▒)( )(▒)
─── ────███───(▒)(▒)
─── ─────── ▀██─██▀
─── ──────── ██─██─(▒)(▒)
─── ──────── ▀█▄█▀(▒)( )(▒)
─── ──────────▀───(▒)(▒)
─── ────────────██▀▀▀█
─── ──(▒)(▒)──────██▄█──(▒)(▒)
─── ─(▒)( )(▒)─────██▀█─(▒)( )(▒)
─── ──(▒)(▒)──────██▄▄▄█(▒)(▒
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓​▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒▒▒▒▒▒██▒██​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒██▒▒▒██▒██​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██▒▒██▒▒▒██▒▒▒██▒██​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒██▒▒▒██▒██​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒██▒▒▒██▒██​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒████████████▒██​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒████████████▒██​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓​▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
įɞ✿ღ♥ ♥ʚįɞ✿ღʚįɞ✿ღ♥ ♥ʚįɞ✿ღ
▀█▀░░▄█▀█▄░▀█░░█▀░▀█▀▀█ʚįɞ✿ღ
░█░░░█░░░█░░█░░█░░░█▄
░█░░░█░░░█░░▐▌▐▌░░░█░░▄ ALLAH!!!
▄█▄█░▀█▄█▀░░░██░░░▄█▄▄█ʚįɞ✿ღ..​.
♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░♥ ♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓​░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓​░░▓▓░░♥ ♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓​▓▓▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓​░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓​░░▓▓░░♥ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░♥
^_^ I LOVE ISLAM ^_^.
╔♫═╗╔╗ ♥
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═✘? +♥♥♥♥+
♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░♥
♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓​░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓​░░▓▓░░♥ ♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓​▓▓▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓​░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓​░░▓▓░░♥
♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•​*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
.......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ......~*~*~*~......
♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•​*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥​♥


____________1§§¶¶_____________​__________
_________1¶¶¶¶¶§¶¶1___________​__________
________¶¶¶¶§§§§§¶¶§__________​__________
_______¶¶§§§§§§§§§¶¶§_________​__________
_______1¶¶§§§§§§§§§¶¶1~Ya Allah…
________¶¶§§§§§§§§§§¶¶¶~~ Ampunilah daku dan sahabatku
_________¶¶§§§§§§§§§§¶1~~dan masukkanlah kami kedalam
__________¶¶§§§§§§§§¶¶§~~rahma​tMu dan Engkau adalah Tuhan
___________¶¶§§§§§§§¶¶¶~yang maha penyayang...
____________¶§§§§§§¶¶~ Ya Allah… Lindunglah sahabat2ku
____________¶§§§§§§¶__________​_______¶1_
_________1¶¶§§§§§§§¶§_________​______§¶¶_
________§¶¶¶§§§§§§§¶¶_________​____¶¶¶¶1_=AMIN......
_______¶¶§§§§§§§§§§§¶¶________​__1¶¶¶¶___
______¶¶§§§§§§§§§§§§§¶1______§​¶¶¶¶¶¶____=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§¶§_____¶¶​¶§¶§¶1____
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶¶§1§¶¶§​§§§¶§_____=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶§§§​§¶¶§______
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶​¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶​¶1________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶​__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_​__________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶§___​__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶1______​__________
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶______​__________=AMIN......
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶_____​__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1___​__________=AMIN......
____§¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶1​__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶​¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​¶¶¶¶¶1____
______¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​§§§¶¶¶¶¶1_=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​§§§§§§¶¶¶1
____¶¶¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​§§§§§§§§¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶§¶§§§​§§§§§§§§¶§
_1¶1_____________11111111§§§§§​§§§§§§§§1_
¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦​¦¦¦¦¦¦
¦................AMIN YA ROBAL ALAMIN.................¦


________¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-█​███──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶​¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶​¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶​¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯​¯¯¯¯• ‘♥_♥’..
♥q✿r♫m•*¨*•.¸¸❤ LURVE ALLAH ✿♫•*¨*•.¸¸❤
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨​*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*

║║♫═╦╦╦╔╗ Never say, OH ALLAH I have problems;
♫╚╣║║║║╔╣ But always say, OH problems, I've ALLAH! ♥
╚═╩═╩♫╩═╝

Sunday, April 24, 2011

PELAJAR CEMERLANG

Daripada tips motivasi ( DR. FADZILAH KAMSAH ):
PELAJAR CEMERLANG akan menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut iaitu merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. 

Kajian menunjukkan bahawa: 
a). kita ingat 10% apayang dibaca 
b). kita ingat 20% apa yang didengar 
c). kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat 
d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan 
e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan 

Oleh itu,berikut adalah 35cara pelajar harus amalkan untuk pembelajaran efektif:
1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan 
2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah ) 
3. Belajar dalam persekitaran kondusif 
  • pastikan cahaya adalah terang 
  • kurangkan gangguan bunyi 
  • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar 
  • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran 
  • kerusi dan meja menghadap kiblat 
  • jangan lupa untuk senyum
4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan 
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan 
6. Tahu teknik merangsang memori: 
  • memasukkan maklumat dalan memori ( registration ) 
  • menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention ) 
  • mengingat kembali ( recall ) 
  • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application ) 
7. Sentiasa awal dan mendahului 
  • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru 
  • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya 
  • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan 
8. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar 
9. Berbuat baik dengan guru. Sentiasa hormati dan sayangi guru 
10. Mempunyai teknik membaca yang betul 
  • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul 
  • memberikan tumpuan sepenuhnya 
  • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
  • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan 
11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas 
12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan 
13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih 
14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji 
15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock ). 
16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa 
17. Mengulang kaji secepat mungkin.Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar ) 
18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan 
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan. 
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali. 
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa 
22. Tahu petua mengulang kaji 
  • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita 
  • siapkan semua bekalan dengan sempurna 
  • duduk tegak dikerusi yang selesa 
  • baca doa penerang hati 
  • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul 
  • fikir dan ingat kembali isi utama 
  • catat / lakar 
  • semak semula ketepatan maklumat 
  • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain 
  • buat rumusan 
  • jawab soalan 
  • tampal maklumat yang rumit di dinding 
  • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar 
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya 
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa 
  • jangan makan kepala ikan 
  • jangan makan organ dalaman 
  • jangan minum semasa makan 
  • jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semut 
  • jangan melihat kemaluan 
  • jangan melihat buih 
  • jangan membaca nama pada batu nisan 
  • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain 
  • banyakkan makan kismis, kurma dan madu 
  • banyakkan makan kekacang 
  • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan 
  • jangan makan sehingga terlalu kenyang 
  • jangan kencing berdiri 
25. Tahu kemahiran mengingat 
  • tampal nota-nota penting di dinding 
  • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah 
  • gunakan kaedah akronim 
  • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat 
  • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil 
26. Cekap mengatur jadual belajar 
  • mempunyai jadual belajar 
  • patuh kepada jadual 
  • buat jadual yang boleh diikuti 
27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar 
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatka penyelesaian dari orang yang lebih arif 
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar 
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa 
31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas ) 
32. Pelbagaikan tempat belajar 
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham 
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya 
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang: 
  • taat kepada Allah 
  • mendirikan sembahyang 
  • menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka 
  • hormati & sayangi guru 
  • bersungguh-sungguh dal;am melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan 
  • suka pada setiap mata pelajaran yang disukai 
  • membantu rakan yang memerlukan 
  • berdoa dan bersyukur kepada Allah
  • sentiasa bertawakal 
  • mahir dalam setiap mata pelajaran 

Wednesday, March 16, 2011

SAHABAT

bukan satu
tetapi berjuta,
bukan untuk dipergunakan
tetapi untuk dijaga,
bukan untuk dimusuhi
tetapi untuk disayangi,
bukan untuk sementara
tetapi untuk selamanya,
bukan untuk dilupakan
tetapi untuk diingati,
bukan untuk ditinggalkan
tetapi untuk dirindui,
bukan hanya di sini
tetapi dimana-mana jua,
bukan setakat ini
tetapi hingga hujung nyawaku...




senyum sokmo!!
ikhlas dari: NUR HIDAYAH BINTI ABU

Friday, January 28, 2011

2010 BERGERAK PERGI 2011 HARUS ATASI

Maaf atas kelambatan aku untuk meng"update"kan blog aku ini... da lorh baru jinak-jinak dengan bloggers, da wat hal tak update plak pas wat blog... dayah oh dayah... Apa-apa pun, selamat menunaikan azam tahun baru 2011.. even da lambat~ tapi CHINESE NEW YEARS still ada ag kn? so AKU tak ada lorh lambat sangat.. haha!!! petang jumaat ini, aku selalu bermuhasabah diri.. kalau korang selalu update facebook aku, kini aku selalu bagi kata-kata dalam pikiran aku kat sana~ mudah dan senang.. maaf ea BLOG PERTAMA aku..

kawan-kawan, sementara aku ngah ada mood ni.. aku nak kongsi satu slogan kata yang patut kita ikuti bila berhadapan dengan masalah atau cabaran hidup ini.. Slogan kata yang aku nak kongsi adalah:

HIDUP INI BUKAN UNTUK BERSEDIH

maka, pada 2011 ni.. marilah kita bergembira dan jauhi kesedihan.. kita harus redha dengan apa yang berlaku sebelum ini.. jadikan pengalaman manis kita sebagai satu SEMANGAT dan pengalaman pahit kita sebagai satu PENGAJARAN.. kita harus berhadapan masa-masa akan datang dengan berani dan yakin.. bukannya kita harus menangisi masa-masa lalu.. biar masa-masa berlalu pergi dari hidup kita, kita cuma ambil intipati yang kita nak sebagai dorongan hidup untuk berjaya sebagai MUSLIMIN MUSLIMAH yang berjaya dan beriman...

Disini aku ada 5 pendapat yang kita boleh renungkan bersama-sama sebagai mukadimmah tajuk aku petang ini:

Napoloen berkata di Saint Helena:" saya tidak pernah mengenal kebahagiaan sepanjang 6 hari dalam hidupku"
Khalifah Hisyam Bin Abdul Malik juga ada mengatakan:"aku menghitung hari-hari bahagiaku, ternyata hanya 13 hari sahaja"
Said Ibnul Musayyib pula berkata:"segala puji bagi ALLAH yang telah menjadikan mereka lari kepada kami dan bukan kami yang lari kepada mereka"
Ahli falsafah dan penulis cerita, Epiktetos memperingatkan:"bahawa keharusan menghilangkan pemikiran yang salah dalam fikiran kita jauh lebih penting daripada menghilangkan bisul dan tumor dari badan kita"
Ahli falsafah Perancis, Michel de Montaigne, menjadikan kata-kata berikut sebagai moto dalam hidupnya:"manusia itu seharusnya tidak terpengaruh oleh peristiwa yang berlaku sebagaimana ia terpengaruh oleh pendapatnya terhadap peristiwa tersebut"

kesimpulan yang dapat aku wat kat sini, aku nak mengatakan dan berdoa:

"ya ALLAH, jadikanlah aku redha menerima semua keputusanMu sehingga aku memahami bahawa semua nikmat dan musibah yang telah ENGKAU tetapkan akan mengenai diriku, pasti tidak meleset dariku, dan semua nikmat dan musibah yang ENGKAU telah tetapkan akan pasti meleset dariku, pasti tidak mengenaiku AMIN"

rakan-rakan yang aku kasihi dan yang lama aku tak bagi buah fikiran untuk korang, aku ada satu renungan untuk korang semua.. silalah bagi komen pas ini ea jika sudi berkongsi <<^^>>

  • jangan bersedih! sesungguhnya rasa sedih akan selalu menganggumu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang dan akan menyia-nyiakan kesempatanmu pada hari ini.
  • jangan bersedih! sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam dan harapan akan menghilang.
  • jangan bersedih! sebab kesedihan itu hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.
  • jangan bersedih! sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha' dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lemah lembut dan benci akan nikmat.
  • jangan bersedih! sesungguhnya rasa sedih tidak pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, tidak mampu menolak taqdir dan tidak mendatangkan manfaat.
  • jangan bersedih! sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan dan kesedihan itu adalah putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yang harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan.
ALLAH Subhanahu wa Taala berfirman:
"bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu. dan kami telah menghilangkan darimu beban. yang memberatkan punggungmu. dan kami tinggikan bagimu sebutan namamu. kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain. dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap" (al- Insyirah:1-8)

oleh itu, marilah kita mulakan hidup kita selepas ini sama ada esok,lusa atau pun hari-hari tulat dengan senyuman kita.. Moga dimurahkan rezeki dan makin berseri-seri kita sepanjang hari tersebut.. hargai HIDUP kita berlandaskan syariah islam agar kita puas hati dengan apa yang kita kerjakan.. Insya ALLAH~ (^-^)