Tuesday, October 5, 2010

SEBUAH PERTEMUAN

ketika diri mencari sinar
secebis cahaya menerangi laluan
adakalanya langkah ku tersasar
tersungkur di lembah kegelapan
bagaikan terdengar bisikan rindu
mengalun kalimah menyapa keinsafan
kehadirannya menyentuh kalbu
menyalakan snar pengharapan

tika ku kealpaan
kau bisikkan bicara keinsafan
kau berikan kekuatan
tika diuji dengan dugaan
saat ku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan
saat ku meragukan keampunan TUHAN
kau katakan rahmatnya mengatasi segalanya

menitis air mataku keharuan
kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan
hati yang dahulu keresahan
cinta yang semakin kesamaran
kau gilap cahaya kebahagiaan
tulus keikhlasan menjadi ikatan
dengan restu kasihmu OH TUHAN

titisan air mata menyubur cinta
dan rindu pun berbunga
mekar tidak pernah layu
damainya hati yang dahulu resah keliru
cinta ku takkan pudar diuji dugaan mengharum dalam harapan
moga kan kesampaian kapada TUHAN
lantaran diri hamba kerdil dan hina

syukur sungguh di hati ini
dikurniakan teman sejati
menunjukkan jalan dekati-NYA
tika diri dalam kebuntuan
betapa aku menghargai kejujuran yang kau berikan
mengajar ku mengenal erti cinta hakiki yang abadi
tiada yang menjadi impian selain rahmat kasih MU ALLAH
yang terbias pada ketulusan
sekeping hati seorang insan bernama TEMAN


sebahagian ladies zk01 <3


sebahagian kawan lumayan

2 comments:

Terima kasih atas kesudian anda. Smile!